5 cara hentikan penggunaan carta ganjaran untuk latihan ke tandas


Latihan ke tandas  merupakan satu aspek penting bukan sahaja bagi kanak-kanak tapi juga kepada ibu bapa.

Ia boleh menjadi satu cabaran bagi ibu bapa untuk mencari pendekatan terbaik dalam melatih anak mereka tandas agar dapat mencapai kejayaan.

Salah satu kaedah yang biasa digunakan oleh ibu bapa untuk menggalakkan kejayaan dalam latihan mandi ialah dengan menggunakan carta ganjaran. 

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan carta ganjaran hanyalah berkesan untuk jangka masa yang pendek sahaja. 

Untuk keberkesanan jangka masa panjang, anda harus menghentikan penggunaan carta ganjaran secara beransur-ansur. 

Ini adalah agar anak anda boleh mengekalkan tabiat penggunaan tandas yang baik tanpa bergantung kepada carta ganjaran.

Oleh sebab itu, anda harus menggunakan cara lain untuk memastikan anak anda tetap bermotivasi untuk mengekalkan tabiat penggunaan tandas yang baik walaupun tanpa carta ganjaran.

Berikut adalah 5 cara yang anda boleh gunakan bagi menghentikan penggunaan carta ganjaran semasa latihan ke tandas:

1. Meningkatkan masa di antara ganjaran

Salah satu cara untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran ialah dengan meningkatkan jumlah masa di antara ganjaran yang diberikan secara beransur-ansur.

Contohnya, jika biasanya anda memberikan anak anda stiker setiap hari, anda boleh mula untuk memberikan stiker setiap dua hari atau selang beberapa hari.

Jika sekiranya anda memberikan ganjaran pada akhir setiap minggu, anda boleh memberikan ganjaran setiap dua minggu.

2. Teknik ‘Positive Reinforcement’

Positive reinforcement (penguatan positif) adalah teknik yang digunakan untuk mengalakkan anak membentuk tingkah laku yang baik melalui cara yang positif.

Penggunaan carta ganjaran merupakan salah satu contoh teknik positive reinforcement.

Untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran, anda harus menggantikannya kepada teknik positive reinforcement yang lain ( tidak melibatkan ganjaran).

Teknik positive reinforcement  lain yang anda boleh gunakan ialah dengan memberikan maklum balas positif kepada anak anda setiap kali mereka berjaya mencapai matlamat atau bertingkah laku positif.

Sebagai contoh, anda memberikan pujian secara lisan (verbal praise) atau hi-5  kepada anak anda berbanding memberikan ganjaran.

Menggantikan carta ganjaran kepada teknik positive reinforcement yang lain boleh membantu anak anda untuk mengekalkan tingkah laku positif semasa latihan ke tandas.

3. Teknik ‘Natural consequences’

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan natural consequences (akibat semula jadi) untuk mengekalkan tingkah laku anak yang positif dan menghentikan penggunaan carta ganjaran.

Untuk teknik ini, anda perlu menerangkan kepada anak akibat negatif yang akan berlaku (secara semula jadi) kesan daripada tindakan yang negatif.

Sebagai contoh, anda boleh memberitahu anak yang mereka akan merasa tidak selesa jika seluar menjadi basah dan busuk akibat kelakuan membuang air di dalam seluar.

Klik di sini intuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara menggunakan teknik ini untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran semasa latihan ke tandas.

4. Rangsang sikap bertanggungjawab

Salah satu cara untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran adalah dengan merangsang sikap bertanggungjawab dalam diri anak.

Ini boleh dilakukan dengan menjelaskan kepada anak bahawa mereka sudah besar dan perlu menggunakan tandas seperti orang dewasa. 

Ini akan membantu mereka untuk merasa lebih bertanggungjawab dan bangga dengan prestasi mereka dan seterusnya mendorong mereka untuk terus menggunakan tandas tanpa memerlukan ganjaran.

5. Gunakan carta ganjaran untuk tugasan yang lain

Selain itu, anda juga boleh menghentikan penggunaan carta ganjaran dengan menukarnya untuk tugasan yang lain yang tidak berkaitan dengan latihan ke tandas.’

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan carta ganjaran untuk tujuan membina keberdikarian anak dalam menyiapkan kerja-kerja rumah atau kerja sekolah.

Ini akan membantu anak anda untuk beralih dari latihan ke tandas dan fokus kepada aspek perkembangan yang lain pula. 

Bilakah anda perlu menghentikan penggunaan carta ganjaran untuk latihan ke tandas?

Anda boleh mula menghentikan penggunaan carta ganjaran secara beransur-ansur apabila anak anda semakin mahir dalam aspek penggunaan tandas.

Ini penting bagi mengelakkan anak daripada terikat dengan sistem ganjaran.

Dengan menghentikan penggunaan carta ganjaran, anak anda akan mampu untuk berdikari sepenuhnya dalam aspek penggunaan tandas tanpa memerlukan ganjaran.

Kesimpulan

Menghentikan penggunaan carta ganjran perlu dibuat secara beransur-ansur dan bukannya secara mendadak.

Ini kerana, anak anda mungkin akan mengambil masa untuk mengadaptasi dengan sistem yang baru (sistem tanpa ganjaran).

Oleh itu, adalah penting untuk anda bersabar, konsisten dan teruskan untuk memberi sokongan dan pujian kepada anak untuk mengekalkan aspek penggunaan tandas yang baik tanpa memerlukan carta ganjaran.

Dengan masa dan latihan yang konsisten, anak anda akan menjadi lebih yakin dan mampu berdikari sepenuhnya dalam aspek penggunaan tandas.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights