6 kemahiran penggunaan tandas yang wajib dikuasai anak anda!


Apabila anak anda sudah mencapai umur yang sesuai, anda mesti mengharapkan bahawa mereka mampu menggunakan tandas secara berdikari.

Tetapi tahukah anda bahawa terdapat set kemahiran penggunaan tandas yang perlu dikuasai oleh anak anda agar dapat menggunakan tandas dengan betul dan selamat?

Berikut adalah 6 kemahiran yang wajib dikuasai anak anda agar dapat menggunakan tandas secara berdikari:

1. Tahu bila “tiba masanya” untuk ke tandas

Kemahiran pertama yang perlu dipelajari oleh anak anda adalah untuk tahu bila mereka perlu “buang air kecil” atau “buang air besar”.

Ini adalah kemahiran asas yang diperlukan untuk berjaya dalam latihan tandas.

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mengajar anak ke tandas dan berhenti dari memakai diapers.

2. Boleh menurunkan dan mengangkat seluar sendiri

Seterusnya, anak anda perlu tahu bagaimana untuk menurunkan dan mengangkat seluar sendiri dengan cara yang betul.

Ini penting untuk memastikan mereka tidak membasahkan atau mengotorkan seluar mereka secara tidak sengaja semasa membuang “air kecil” atau “air besar”.

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mengajar anak menurunkan dan mengangkat seluar sendiri semasa latihan ke tandas.

3. Boleh naik dan turun dari tempat duduk tandas dengan sendiri

Untuk dapat menggunakan tandas secara berdikari, anak anda harus mempunyai kebolehan untuk naik dan turun dari tempat duduk tandas dengan selamat tanpa sebarang masalah.

Jika tempat duduk tandas yang biasa digunakan adalah terlalu besar untuk anak anda, maka anda harus mempertimbangkan untuk menggunakan tempat duduk tandas bersaiz kecil yang  sesuai untuk kanak-kanak agar anak anda tidak jatuh ke dalam tandas.

Anda boleh memasang penutup tempat duduk tandas jenis 2 dalam 1 (untuk kanak-kanak dan juga dewasa) bagi memudahkan anak anda semasa latihan ke tandas.

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Top 5 penutup tempat duduk tandas 2 dalam 1 untuk kanak-kanak & orang dewasa di bawah RM 100

Dan jikalau tempat duduk tandas adalah terlalu tinggi untuk anak anda pula, maka pertimbangkan untuk menggunakan bangku kecil agar kaki anak anda dapat disokong dan tidak tergantung.

Ini dapat membantu anak anda untuk duduk dalam kedudukan badan yang betul semasa menggunakan tandas.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bangku tandas terbaik untuk latihan ke tandas, klik di sini.

4. Boleh membersihkan atau mengelap bahagian bawah dengan bersih

Biasanya, membersihkan bahagian bawah atau mengelap bahagian bawah merupakan kemahiran tandas yang paling sukar untuk dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak.

Walaupun mungkin mengambil sedikit masa untuk dipelajari, namun dengan latihan yang konsisten, anak anda akan pasti dapat menguasainya juga.

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara mengajar anak untuk mengelap bahagian bawah semasa latihan ke tandas.

5. Boleh menyiram tandas (flush) dengan sendiri

Walaupun kedengaran seperti mudah, namun kemahiran menyiram tandas perlu dipelajari dan diamalkan oleh anak anda bagi membentuk tabiat penggunaan tandas yang baik.

6. Boleh mencuci dan mengeringkan tangan setelah selesai

Akhir sekali, anak anda mestilah tahu cara untuk mencuci tangan mereka dengan bersih dan mengeringkan tangan mereka setelah selesai menggunakan tandas.

Sama seperti menyiram tandas, cara mencuci dan mengeringkan tangan dengan betul merupakan antara kemahiran penggunaan tandas yang perlu dipelajari oleh anak anda.

Ini sangat penting bagi memastikan kebersihan diri mereka sentiasa terjaga di samping membina tabiat penggunaan tandas yang baik.

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara membasuh tangan dengan betul yang boleh diajar kepada anak semasa latihan ke tandas.

Kesimpulan

Dengan latihan yang konsisten,anak anda mampu untuk mempelajari kemahiran penggunaan tandas dengan betul.

Setelah mempelajari keenam-enam kemahiran penggunaan tandas yang diperlukan, maka anak anda sepatutnya sudah boleh menggunakan tandas secara berdikari.

Jika anda ingin tahu pada umur berapakah anak anda sepatutnya dijangka boleh menggunakan tandas secara berdikari, anda boleh baca artikel yang telah saya tulis berkenaan topik tersebut. (Sila klik sini untuk membaca artikel)

Saya harap artikel ini dapat membantu anda dan  jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights