Apakah tisu tandas terbaik untuk elak tandas tersumbat?


Tisu tandas adalah kertas sanitari yang digunakan untuk membersih atau mengelap bahagian bawah selepas menggunakan tandas.

Pemilihan tisu tandas yang betul adalah penting untuk  mengelakkan isu tandas tersumbat.

Tisu tandas terdiri daripada 3 jenis ketebalan iaitu versi 1, 2 dan 3-lapis.

Di antara ketiga-tiga jenis tisu, tisu tandas jenis 1-lapis adalah yang paling cepat hancur dan larut apabila direndam dalam air.

Tisu tandas yang lambat hancur boleh menyebabkan tandas tersumbat apabila terkumpul dengan banyak. Manakala tisu tandas yang cepat hancur pula boleh mengelakkan masalah tandas tersumbat.

Secara umumnya, tisu tandas jenis 1-lapis adalah pilihan yang terbaik untuk mengelakkan isu tandas tersumbat.

Tisu tandas jenis 1-lapis yang disyorkan terbaik

Tisu tandas jenis 1-lapis yang disyorkan terbaik untuk mengelakkan isu tandas tersumbat ialah tisu tandas jenama Scott 1000.

Jika anda mencari di seluruh internet, anda akan mendapati  tisu tandas ini adalah yang paling banyak disyorkan untuk mengelakkan tandas tersumbat.

Selain daripada cepat hancur dan larut dalam air, tisu tandas ini juga mempunyai tekstur yang sangat lembut dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak.

Tisu tandas jenis 2-lapis yang disyorkan terbaik

Jika anda lebih suka tisu tandas yang sedikit tebal, maka anda boleh memilih tisu tandas jenis 2-lapis jenama Angel Soft.

Berbanding dengan tisu tandas jenis 2-lapis yang lain, tisu tandas ini lebih cepat hancur dan larut dalam air menjadikannya tisu tandas alternatif yang terbaik untuk anda.

Tisu tandas ini juga lembut, selesa pada kulit dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Akhir sekali, saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights