Berapakah umur anak dijangka boleh menggunakan tandas secara berdikari?


Latihan ke tandas (toilet training) adalah penting untuk melatih anak anda tentang cara menggunakan tandas dengan betul dan akhirnya- secara berdikari.

Walau bagaimanapun, persoalannya ialah, pada umur berapakah anak anda boleh dijangka menggunakan tandas tanpa sebarang bantuan?

Secara umumnya, seseorang kanak-kanak dijangka boleh menggunakan tandas secara berdikari sekitar umur 6 tahun. Ini bermakna anda tidak sepatutnya menjangkakan anak anda boleh berdikari secara sepenuhnya dalam aspek penggunaan tandas (toileting) di bawah usia 6 tahun. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak mampu berdikari secara sepenuhnya dalam aspek penggunaan tandas jauh lebih awal daripada kanak-kanak yang lain.

Sekiranya anak anda berusia lebih dari 6 tahun tetapi masih memerlukan bantuan dalam penggunaan tandas, maka anda haruslah mengenalpasti punca masalah terlebih dahulu.

Jika ianya berkaitan dengan kekurangan dalam aspek kemahiran penggunaan tandas (toileting skills), maka anda harus memberi fokus terhadap isu tersebut dan cuba untuk memperbaikinya.

Anda tidak perlu risau kerana isu kurang dalam ‘kemahiran’ boleh diperbaiki dengan latihan yang betul dan konsisten.

Jika anda tidak pasti apakah kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam aspek penggunaan tandas, maka anda harus baca artikel ini yang telah saya tulis berkenaan senarai kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan anak anda agar boleh menggunakan tandas secara berdikari.

Kanak-kanak yang telah didiagnosis dengan masalah perkembangan atau mempunyai masalah ketidakupayaan, mungkin memerlukan bantuan dalam aspek penggunaan tandas walaupun telah mencapai usia 6 tahun ke atas.

Dalam hal ini, saya sangat mengesyorkan ibubapa untuk mendapatkan khidmat dari terapis carakerja pediatrik (pediatric occupational therapist) yang terlatih untuk membantu meningkatkan keupayaan anak anda dalam aspek penggunaan tandas ke tahap yang optimum.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh mambaca artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights