Berapakah umur yang sesuai untuk mula melatih anak ke tandas?


Latihan ke tandas (toilet training) ialah latihan khusus untuk mengajar anak menggunakan tandas dan tidak memakai diapers.

Latihan ke tandas boleh menjadi sesuatu yang mengujakan dan mencabar untuk ibu bapa dan anak-anak.

Secara umumnya, anda boleh memulakan latihan ke tandas untuk anak pada umur 2 tahun.

Walagaimanapun, penting untuk diingat bahawa umur di mana kanak-kanak bersedia untuk memulakan latihan tandas adalah berbeza-beza bergantung kepada kesediaan mereka.

Anda perlu peka terhadap beberapa tanda-tanda yang boleh diperhatikan untuk menentukan kesediaan anak untuk latihan ke tandas.

Antara tanda-tanda kesediaan anak untuk latihan ke tandas adalah seperti menunjukkan minat pada bilik air, boleh mengikuti arahan yang mudah, dan diapers kekal kering untuk tempoh yang lebih lama.

Kanak-kanak biasanya mula menunjukkan tanda-tanda kesediaan sekitar umur 18 bulan hingga 3 tahun.

Perlu diingatkan, setiap anak adalah berbeza; sesetengah mungkin bersedia lebih awal manakala sesetengah lagi mungkin agak lewat berbanding yang lain.

Apabila anak anda mula menunjukkan tanda-tanda kesediaan untuk dilatih ke tandas, maka anda boleh mula untuk mengajar mereka kemahiran penggunaan tandas.

Ini adalah penting agar mereka boleh menggunakan tandas secara berdikari di masa akan datang.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh menjangkakan anak anda untuk boleh sepenuhnya berdikari terutamanya pada peringkat awal.

Ini kerana, seseorang kanak-kanak hanya dijangkakan untuk boleh berdikari sepenuhnya dalam penggunaan tandas setelah mencapai umur tertentu.

Kesimpulan

Adalah penting untuk anda bersabar dan menyokong sepanjang proses melatih anak ke tandas.

Pastikan anda memberi pujian walau sekecil manapun kejayaan anak anda semasa proses latihan ke tandas.

Dengan masa, kesabaran dan latihan yang konsisten, anak anda pasti boleh berjaya dilatih ke tandas.

Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat untuk anda, dan jika anda menyukainya,anda juga boleh membaca artikel saya yang lain (klik di sini). Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights