Buku cerita berillustrasi terbaik untuk latihan ke tandas


Latihan ke tandas boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak.

Ianya boleh menjadi satu kemahiran yang mencabar untuk dipelajari oleh kanak-kanak, terutamanya bagi kanak-kanak autism dan kanak-kanak berkeperluan khas.

Buku cerita yang mempunyai illustrasi atau gambar boleh menjadi satu alat yang berguna untuk membantu kanak-kanak dalam persediaan untuk latihan ke tandas.

Ianya boleh membantu kanak-kanak untuk faham tentang apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu, seperti menggunakan tandas.

Ianya juga boleh menerangkan kepada kanak-kanak mengenai proses penggunaan tandas melalui gambar bagi memastikan kanak-kanak tahu apa yang perlu dilakukan apabila menggunakan tandas di rumah dan sekolah.

Dengan kata lain, buku cerita yang bergambar boleh menerangkan tentang penggunaan tandas dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa buku cerita berillustrasi terbaik untuk latihan ke tandas:

1. Toilet Time: A training kit for boys

(oleh Dr Janet Hall)

2. Toilet Time: A training kit for girls

(oleh Dr Janet Hall)

3. I Have to Go!

(oleh Robert Munsch)

4. Meet The Poo's

(oleh Rob Renee)

5. Everyone Poops

(oleh Taro Gomi)

6. Daniel's Potty Time

(oleh Alexandra Schwartz)

7. We Poop on the Potty!

(oleh Little Grasshopper Books)

8. Dinno Potty: Learn to potty with Dinno

(oleh Rainstorm Publishing)

9. Ready, Set, Potty!

(oleh Brenda Batts)

*Buku-buku cerita berillustrasi yang disarankan dalam artikel ini semuanya adalah dalam bahasa inggeris kerana tidak ada buku cerita berillustrasi dalam bahasa melayu untuk latihan ke tandas yang saya temui semasa artikel ini ditulis*.

Akhir sekali, saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights