Cara menyediakan carta ganjaran untuk latihan ke tandas (Panduan)


Carta ganjaran adalah alat visual yang biasanya digunakan untuk mengalakkan tingkah laku positif pada kanak-kanak.

Carta ini  biasanya terdiri daripada senarai tingkah laku atau tugasan, senarai hari dan sistem ganjaran.

Carta ganjaran boleh membuatkan anak lebih bermotivasi dalam mempelajari dan mengamalkan tingkah laku positif baru kerana mereka dapat melihat secara visual setiap kemajuan dan kejayaan sepanjang proses latihan ke tandas.

Berikut adalah panduan tentang cara menyediakan carta ganjaran untuk latihan tandas:

Langkah 1: Pilih format carta ganjaran

Pertama sekali, anda perlu memilih format carta. 

Anda boleh memilih sama untuk menggunakan templat carta ganjaran  yang sedia ada atau membuat carta anda sendiri dengan menggunakan kertas atau ‘whiteboard’. 

Sekiranya anda ingin menggunakan templat carta ganjaran yang sedia ada, anda boleh memuat turun carta ganjaran untuk latihan ke tandas secara PERCUMA di  link ini.

Langkah 2: Tentukan kriteria ganjaran

Seterusnya, anda perlu menentukan tindakan atau tingkah laku positif yang anda ingin galakkan semasa proses latihan ke tandas.

Ini termasuk “duduk atas mangkuk tandas”, “menggunakan tandas”, dan “mencuci tangan”. 

Anda juga boleh menetapkan matlamat yang spesifik, seperti “kekal kering sepanjang hari”.

Tingkah laku yang dikehendaki  ini boleh dipaparkan sebagai “tugasan” yang perlu dilakukan oleh anak anda untuk mendapat ganjaran.

Anda perlu memasukkan senarai “tugasan” ini ke dalam carta nanti.

Langkah 3: Pilih ganjaran

Setelah menentukan kriteria ganjaran, anda perlu memilih ganjaran yang ingin anda berikan kepada anak anda. 

Biasanya, sistem carta ganjaran terdiri daripada dua jenis ganjaran, iaitu ganjaran kecil dan “ganjaran sebenar” (ganjaran yang perlu ditentukan). 

Untuk setiap “tugasan” yang selesai, anda boleh memberikan stiker sebagai ganjaran kecil. 

Selepas mengumpulkan stiker sehingga mencapai jumlah tertentu, anda boleh memberikan “ganjaran sebenar” kepada anak anda. 

Anda boleh memberikan ganjaran dalam bentuk mainan, buku, makanan atau aktiviti yang disukai oleh anak anda.

Anda hendaklah  memilih ganjaran yang sesuai berdasarkan usia, minat, dan keutamaan anak anda agar mereka akan lebih bermotivasi.

Langkah 4: Buat lajur untuk carta anda

Selepas itu, anda boleh mula membuat carta ganjaran anda berdasarkan format yang telah anda pilih tadi.

Pertama, anda harus membuat lajur untuk tugasan (tingkah laku yang dikehendaki). 

Contoh tugasan adalah seperti “duduk atas mangkuk tandas”, “menggunakan tandas”, “mencuci tangan”, dan “kekal kering sepanjang hari”.

Langkah 5: Tambahkan baris ke dalam carta anda

Kemudian, anda harus menambah baris ke dalam carta anda,

Baris ini akan mewakili setiap hari dalam seminggu, contohnya “Isnin”, “Selasa”, “Rabu,” dan seterusnya.

Harus diingatkan cara penyediaan carta ganjaran adalah fleksible dan tidak rigid. Sebagai contoh, anda juga boleh membuat lajur untuk hari dan baris untuk tugasan. Ianya bergantung kepada apa yang anda rasa sesuai.

Kesimpulan

Setelah carta ganjaran anda telah siap, anda boleh mula untuk menggunakannya. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara menggunakan carta ganjaran untuk  latihan ke tandas, anda boleh membaca artikel ini.

Diingatkan untuk sentiasa konsisten dan sabar dengan anak anda, dan raikan setiap kejayaan mereka di sepanjang proses latihan ke tandas.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights