Hentikan carta ganjaran dalam latihan ke tandas: Teknik “Natural Consequences”


Mengajar anak untuk menggunakan tandas boleh menjadi satu perkara yang mencabar untuk anda sebagai ibubapa.

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari cara yang terbaik untuk melatih anak menggunakan tandas.

Salah satu cara terbaik untuk mula melatih anak ke tandas adalah menggunakan carta ganjaran.

Walaubagaimanapun, penggunaan carta ganjaran hanya berkesan untuk jangkamasa pendek sahaja.

Lambat laun anda perlu menghentikan penggunaan carta ganjaran secara beransur-ansur agar anak boleh mengekalkan tabiat yang baik tanpa memerlukan ganjaran.

Salah satu cara yang boleh anda gunakan untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran ialah dengan menggunakan teknik natural consequences (akibat semulajadi).

Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu faham maksud dan cara penggunaan teknik ini dahulu.

Apakah maksud “natural consequences” ?

 “ Natural consequences (akibat semula jadi) bermaksud setiap tindakan akan mengakibatkan kesan yang berlaku secara semulajadi.”

Sebagai contoh, anda boleh memberitahu anak anda yang mereka akan merasa sejuk jika tidak memakai baju lengan panjang pada hari yang sejuk.

Contoh lain ialah, jika anak tidak makan sayur, mereka tidak akan mempunyai tenaga untuk bermain atau mudah jatuh sakit.

Dalam aspek latihan ke tandas, anda boleh memberitahu anak anda bahawa jika mereka membuang air dalam seluar, seluar mereka akan menjadi basah, berbau busuk dan menjadi tidak selesa untuk dipakai.

Ini akan mengalakkan anak untuk lebih bermotivasi untuk pergi ke tandas dengan sendiri tanpa memerlukan ganjaran.

Anda boleh menghentikan penggunaan carta ganjaran dan menggantikannya dengan natural consequences untuk latihan ke tandas secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Proses menukar carta ganjaran ke natural consequences boleh dilakukan dalam 4 peringkat iaitu:

Peringkat 1: Carta ganjaran sebagai motivator utama

Pada permulaan proses melatih anak  ke tandas, anda boleh menggunakan carta ganjaran untuk memberi semangat anak untuk menggunakan tandas.

Anda boleh memberikan ganjaran kecil seperti stiker apabila anak anda berjaya menggunakan tandas.

Anda boleh memberikan ganjaran yang lebih besar berupa hadiah apabila anak berjaya mengumpul jumlah stiker yang cukup.

Anda digalakkan untuk meletakkan carta ganjaran pada tempat yang mudah dilihat oleh anak anda.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara menggunakan carta ganjaran untuk latihan menggunakan tandas.

Peringkat 2: Kurangkan penggunaan carta ganjaran

Anda boleh mula untuk mengurangkan penggunaan carta ganjaran apabila anak anda sudah biasa dan semakin mahir dalam menggunakan tandas.

Sebagai contoh, anda hanya memberikan ganjaran kepada anak anda apabila berjaya pada waktu siang sahaja.

Atau, anak anda perlu mengumpul jumlah stiker yang lebih banyak sebelum menerima hadiah ganjaran.

Klik di sini untuk mengetahui 5 cara untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran dalam latihan ke tandas secara beransur-ansur.

Peringkat 3: Tukar ke teknik natural consequences (akibat semula jadi)

Setelah anak sudah mahir dan menjadi lebih konsisten dalam menggunakan tandas, anda boleh mula menukar kepada natural consequences (akibat semulajadi).

Anda boleh mengingatkan anak anda tentang apa yang akan berlaku jika mereka tidak menggunakan tandas, contohnya, seluar mereka akan menjadi basah, busuk dan tidak selesa.

Berbanding memberikan ganjaran, anda boleh memuji anak anda setiap kali mereka menunjukkan tabiat penggunaan tandas yang baik.

Peringkat 4: Mengekalkan konsistensi

Untuk menghentikan penggunaan carta ganjaran, anda perlu sentiasa konsisten dalam penggunaan teknik natural consequences.

Anda harus berbincang dengan anak anda tentang kepentingan penggunaan tandas dan apa yang mungkin terjadi jika anak tidak menggunakannya.

Jika terjadi situasi di mana anak terkencing di dalam seluar, anda sebagai ibu bapa harus memberi sokongan kepada anak dan elakkan dari membuat anak anda merasa malu atau menghukum mereka.

Mengekalkan konsistensi di sepanjang proses adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Kesimpulan

Penggunaan carta ganjaran semasa melatih anak ke tandas boleh dihentikan secara beransur-ansur dengan menukarnya kepada teknik natural consequences (akibat semulajadi).

Penggunaan teknik natural consequences adalah lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang untuk latihan ke tandas kerana ianya dapat memberikan semangat kepada anak untuk menggunakan tandas  secara berdikari tanpa memerlukan ganjaran.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights