Latihan Ke Tandas: Seluar Latihan Terbaik Untuk Anak Anda


Seluar latihan ke tandas, dikenali juga sebagai seluar latihan, adalah adalah sejenis pakaian yang digunakan sebagai peralihan daripada diapers kepada seluar biasa semasa latihan ke tandas.

Seluar ini direka khas bagi memudahkan anak anda menarik seluar ke atas dan bawah dengan sendiri.

Di pasaran, seluar latihan ini terdapat dalam banyak variasi dengan pelbagai ciri-ciri.

Walaubagaimanapun, variasi yang terbaik adalah seluar latihan yang mempunyai 3 ciri-ciri berikut: menyerap air, kalis bocor, dan boleh dibasuh.

Walaupun ia kurang menyerap air berbanding diapers, seluar latihan boleh mengawal kebocoran kecil kerana ianya adalah diperbuat daripada lapisan-lapisan bahan yang menyerap air.

Dengan adanya ciri kalis bocor, seluar latihan boleh mengelakkan cecair daripada mengalir keluar, di samping menjaga seluar daripada menjadi basah di bahagian luarnya.

Perlu diingatkan, seluar latihan adalah kurang menyerap air dan kurang kalis bocor berbanding diapers.

Oleh itu, ia tidak akan dapat menahan air kencing yang penuh seperti diapers.

Walaubagaimanapun, semasa latihan ke tandas, seluar latihan ini dapat memberi lebih perlindungan berbanding dengan seluar biasa.

Selain itu, penggunaan seluar latihan juga dapat menjimatkan duit anda dari semasa ke semasa kerana ianya boleh dibasuh dan digunakan semula.

Berikut adalah seluar latihan ke tandas yang terbaik dengan ciri-ciri menyerap air, kalis bocor, dan boleh dicuci:

"Seluar Latihan Terbaik"

(Permukaan Luar Yang Kalis Air)

Seluar latihan KANGA CARE

~Alternatif Lain~

(tanpa Permukaan Kalis Air)

1. Seluar latihan U0U

2. Seluar latihan ORINERY

3. Seluar latihan BIG ELEPHANT

4. Seluar latihan BIG ELEPHANT
(lelaki)

5. Seluar latihan BIG ELEPHANT (Perempuan)

6. Seluar latihan MOO MOO

7. Seluar latihan BEBAMOUR

8. JACKLOVEBRIEF training pants

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk beralih daripada diapers kepada seluar biasa dengan berkesan.

Akhir sekali, saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights