Kebolehan membasuh tangan yang betul selepas selesai menggunakan tandas adalah salah satu kemahiran penggunaan tandas yang perlu dipelajari oleh anak anda.
Ini sangat penting bagi memastikan kebersihan diri mereka sentiasa terjaga.
Anda boleh mengajar anak anda cara membasuh tangan dengan betul semasa latihan ke tandas untuk membina tabiat penggunaan tandas yang baik.
Berikut adalah langkah-langkah membasuh tangan yang betul yang boleh diajar kepada anak anda semasa latihan ke tandas:
Basahkan tangan dengan air & letak sabun
- Basahkan tangan dengan air
- Letak sabun secukupnya ke tapak tangan
(Langkah 1): Gosok tapak tangan
(Langkah 2): Gosok belakang tangan dengan jari-jari berjalinan
(Langkah 3): Gosok tapak tangan dengan jari-jari berjalinan
(Langkah 4): Gosok belakang jari-jari dengan tapak tangan
(Langkah 5): Gosok ibu jari dengan gerakan memutar
(Langkah 6): Gosok hujung jari-jari pada tapak tangan
Bilas dan keringkan tangan
- Bilas tangan dengan bersih menggunakan air.
- Selepas itu, keringkan tangan sepenuhnya menggunakan tuala yang bersih atau tisu.
Sila skroll ke bawah untuk menonton video penuh cara membasuh tangan yang betul di penghujung artikel ini
Berapa lama masa yang diambil untuk membasuh tangan dengan betul?
Secara keseluruhannya, cara membasuh tangan yang betul hanya mengambil masa kira-kira dalam 1 minit.
Untuk menganggar, anda boleh buat kiraan 1 hingga 10 untuk setiap langkah (langkah 1 – langkah 6).
Mengapa penting untuk mengajar anak anda cara membasuh tangan yang betul semasa latihan ke tandas?
Membasuh tangan selepas menggunakan tandas seharusnya menjadi satu kebiasaan kepada anak anda.
Mengapa?
Seperti yang kita tahu, kuman boleh tersebar dari permukaan yang kotor kepada manusia melalui sentuhan.
Sebagai contoh, anak anda boleh mendapat kuman pada tangan mereka jika mereka tidak membasuh tangan selepas selesai menggunakan tandas.
Tabiat ini boleh menjurus kepada jangkitan diarrhea jika menyentuh makanan dengan tangan yang tidak dibasuh.
Cara terbaik untuk menyingkirkan kuman ialah dengan membasuh tangan menggunakan air dan sabun.
Walaubagaimanapun, harus diingatkan membasuh tangan dengan cara yang salah tidak akan dapat menyingkirkan kuman dari tangan.
Untuk menyingkirkan kuman, tangan mestilah dibasuh dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengajar anak anda cara membasuh tangan yang betul semasa latihan ke tandas.
Kesimpulan
Mengajar anak anda cara membasuh tangan yang betul semasa latihan ke tandas dapat membina tabiat penggunaan tandas yang baik di masa akan datang.
Cara membasuh tangan yang betul boleh mencegah penyebaran kuman dan menjamin kesihatan anak anda.
Selain daripada cara membasuh tangan yang betul, penggunaan sabun tangan yang betul juga boleh membantu untuk menyingkirkan kuman dengan baik.
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Top 10 sabun pencuci tangan anti-bakteria terbaik dengan harga di bawah RM 10.
Akhir sekali, saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!