Panduan: Ajar anak cuci bahagian bawah semasa latihan ke tandas


Dalam sesetengah budaya, air masih dianggap sebagai ejen pembersih yang terbaik untuk mencuci, termasuklah membasuh bahagian bawah.

Berbanding menggunakan tisu tandas untuk mencuci bahagian bawah, budaya yang lebih tradisional menganggap membasuh dengan menggunakan air sudah mencukupi.

Tanpa mengira budaya, amalan membersihkan bahagian bawah selepas menggunakan tandas adalah aspek yang penting untuk kebersihan diri.

Sebagai ibu bapa, anda pasti mahu anak anda untuk mampu membersihkan diri mereka sendiri selepas menggunakan tandas tanpa bergantung kepada pertolongan anda.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda mengajar anak anda cara untuk membersihkan diri mereka selepas menggunakan tandas agar mereka boleh berdikari.

Artikel ini akan lebih fokus kepada cara mengajar anak untuk membasuh bahagian bawah (menggunakan air) semasa latihan ke tandas.

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara ajar anak untuk mengelap bahagian bawah dengan betul (menggunakan tisu tandas) semasa latihan ke tandas.

Berikut merupakan langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengajar anak anda cara untuk membasuh bahagian bawah dengan betul semasa latihan ke tandas:

Langkah 1: Buka kepala paip air

  • Buka kepala paip air dengan memusingkan kepala paip (injap-T). Anda boleh mencarinya sama ada di tepi tandas atau di dinding berdekatan dengannya.
  • Anda boleh membuka injap-T sehingga separuh sahaja bagi mengawal tekanan air dan mengelakkan tekanan air yang terlalu tinggi.

Langkah 2: Pegang penyembur bidet

  • Pegang penyembur bidet menggunakan tangan kanan dengan cara yang selesa.

Langkah 3: Posisikan penyembur bidet

  • Posisikan penyembur bidet ke bahagian depan.
  • Anda perlu melaraskan kedudukan tangan anda supaya muncung paip menghala ke bawah ke arah bahagian bawah/punggung anda.

(Adalah sangat digalakkan untuk menghalakan penyembur bidet dari arah depan ke belakang untuk untuk menghindari risiko jangkitan saluran pundi kencing (UTI), terutamanya untuk perempuan ).

Langkah 4: Cuci bahagian bawah

  • Tekan bidet secara perlahan-lahan untuk melepaskan semburan air; jangan tekan terlalu kuat. Pastikan air mengalir pada tekanan yang sederhana, bukan tinggi.
  • Cuci bahagian bawah anda menggunakan tangan kiri sehingga ia bersih sepenuhnya menggunakan air yang mengalir.
  • Lepaskan bidet untuk menghentikan air dan letakkan semula di tempat pemegangnya.

Langkah 5: Keringkan

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mencuci tangan yang betul  yang boleh diajar kepada anak anda semasa latihan ke tandas bagi membina tabiat penggunaan tandas yang baik dan mencegah penyebaran kuman.

Bagaimana cara untuk ajar anak basuh bahagian bawah dengan betul selepas menggunakan tandas?

Anda boleh ajar anak anda cuci sendiri dengan betul selepas menggunakan tandas dengan memegang tangan mereka sambil membimbing mereka.

Selepas memberi bimbingan fizikal, anda perlu memberikan anak anda peluang untuk melakukan dengan sendiri.

Ini boleh dilakukan dengan membimbing anak anda untuk beberapa langkah pertama dan kemudian memberi mereka peluang untuk melakukan langkah yang terakhir.

Secara beransur-ansur, cuba kurangkan bimbingan dan beri anak peluang untuk melakukan lebih banyak langkah lagi.

Beri peluang untuk anak berlatih secara konsisten setiap hari sehingga mereka mampu melakukan sendiri tanpa bantuan dari anda.

Akhir sekali, saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!

Recent Posts

Verified by MonsterInsights