Mengelap bahagian bawah menggunakan tisu tandas adalah salah satu cara untuk membersihkan diri selepas menggunakan tandas dan biasanya dipraktikkan oleh budaya moden.
Walaubagaimanapun, masih terdapat juga budaya yang masih mempraktikkan penggunaan air untuk membersihkan bahagian bawah selepas menggunakan tandas.
Tanpa mengira budaya, amalan membersihkan bahagian bawah selepas menggunakan tandas adalah aspek yang penting untuk kebersihan diri.
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahu anak anda untuk mampu membersihkan diri mereka sendiri selepas menggunakan tandas tanpa bergantung kepada pertolongan anda.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda mengajar anak anda cara untuk membersihkan diri mereka selepas menggunakan tandas agar mereka boleh berdikari.
Artikel ini akan lebih fokus kepada cara mengajar anak untuk membersihkan bahagian bawah (menggunakan tisu tandas) semasa latihan ke tandas.
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara ajar anak untuk membersihkan bahagian bawah dengan menggunakan air selepas menggunakan tandas.
Berikut merupakan langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengajar anak anda cara untuk mengelap bahagian bawah dengan betul semasa latihan ke tandas:
Langkah 1: Dapatkan tisu tandas
Langkah 2: Pegang tisu tandas
Langkah 3: Lap dengan betul
Langkah 4: Periksa tisu tandas
Langkah 5: Buang tisu tandas
Untuk mengelakkan isu tandas tersumbat, pastikan anda menggunakan tisu tandas jenis mudah hancur bila direndam dalam air.
Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah tisu tandas terbaik bagi mengelakkan isu tandas tersumbat.
Langkah 6: Ulang
Langkah 7: Flush tandas
Langkah 8: Basuh tangan
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mencuci tangan yang betul yang boleh diajar kepada anak anda untuk membina tabiat penggunaan tandas yang baik dan mencegah penyebaran kuman.
Bagaimana jika anak sukar untuk mempelajari langkah-langkah ini?
Jika anak anda menghadapi kesukaran untuk mempelajari langkah-langkah ini, anda boleh mengajar mereka dengan memegang tangan mereka sambil membimbing mereka tentang cara untuk melakukannya langkah demi langkah.
Kemudian, secara perlahan-lahan biarkan anak anda untuk cuba melakukan sendiri dengan lebih sedikit bantuan dari anda.
Berikan anak anda latihan secara konsisten setiap hari sehingga mereka dapat melakukannya tanpa bantuan anda.
Anda juga boleh menggunakan tisu tandas yang bercorak kartun bagi menarik minat anak anda.
Ini akan membuatkan anak anda lebih bermotivasi di sepanjang proses latihan.
Klik sini untuk mengetahui Top 4 tisu tandas bercorak kartun yang terbaik untuk latihan ke tandas.
Bagaimana jika anak sukar untuk mengelap bahagian bawah dengan betul?
Untuk seseorang anak mampu untuk mengelap bahagian bawah dengan betul, mereka perlu memiliki 3 kemahiran asas iaitu:
- Boleh mengoyakkan tisu tandas diperlukan dengan jumlah yang cukup (2~3 helai)
- Boleh mencapai bahagian bawah
- Boleh memegang tisu tandas dengan betul dan mengelap dengan bersih
Jika anak anda mempunyai masalah dengan mana-mana kemahiran asas ini, maka mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengelap bahagian bawah dengan betul.
Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak anda berdasarkan 3 kemahiran asas tersebut.
Adakah anak tidak boleh mengoyakkan tisu tandas yang mencukupi? Adakah anak tidak boleh mencapai bahagian bawah mereka? Adakah anak tidak boleh mengelap bahagian bawah mereka dengan bersih?
Selepas anda mengenal pasti kemahiran asas yang bermasalah, anda boleh mula melatih anak anda dengan memberi tumpuan khusus terhadap kemahiran yang bermasalah itu.
Dengan melatih kemahiran asas tersebut anak anda akan dapat menjadi lebih baik dalam kemahiran tersebut dan akhirnya mereka boleh mengelap bahagian bawah dengan betul selepas menggunakan tandas.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti menarik untuk anak anda bagi meningkatkan kemahiran asas mengelap bahagian bawah/punggung.
Apakah arah yang betul untuk mengelap bahagian bawah?
Adalah digalakkan untuk mengelap dari arah depan ke belakang (elakkan arah belakang ke depan) untuk menghindari risiko jangkitan saluran pundi kencing (UTI), terutamanya untuk perempuan.
Kesimpulan
Di antara semua kemahiran-kemahiran penggunaan tandas, kebolehan untuk membersihkan bahagian bawah atau mengelap bahagian bawah selepas menggunakan tandas merupakan antara kemahiran yang paling sukar untuk dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak.
Oleh sebab itu, kemungkinan anak anda akan mengambil sedikit masa untuk mempelajari kemahiran ini dengan betul.
Namun begitu anda tidak perlu risau kerana dengan usaha dan latihan yang konsisten, anak anda pasti boleh menguasai kemahiran ini dan seterusnya berjaya dalam latihan ke tandas.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan untuk anak anda berdikari dalam aspek penggunaan tandas, anda boleh baca artikel saya di sini.
Akhir sekali, saya harap artikel ini dapat membantu anda dan jika anda suka artikel ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel saya yang lain dari blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!